Thursday, 18 September 2014

SINOPSIS

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia iaitu rusuhan kaum.Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh tersebut merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.Semasa kempen pilihan raya dijalankan,calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak  kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.
Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah  perarakan kemenangan pihak pembangkang.Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur.Ada yang mencaci dan mmeludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. orang melayu berkumpul dengn berbekalkan pedang dan parang panjang berlakunya kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak. Antara kejadian berlaku ialah pembunuhan , dipancung , dibunuh  . Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina .

Pasukan FRU dikeluarkan dari kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu , Iban , Cina , India  dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan menyebabkan orang melayu semakin marah.

Akhirnya, Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.


Isu-isu Perkauman Pilihan Raya 1969


                    




Semasa kempen Pilihan Raya 1969,calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik  terutamanyadaripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan orang Melayu iatu Bahasa Malaysia, kedudukan istemewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman
 dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Perikutan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

  Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Progresif Rakyat menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


 Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Pembangkang Meraikan Kemenangan

 Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
       Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan BatuSelangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.




     Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

 Perarakan Kematian Cina
      Di JinjangKepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.


    Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Angka Korban
   Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa Peristiwa 13 Mei 1969

    Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.





No comments:

Post a Comment